Selasa, 20 November 2012

Diposting oleh Unknown di 18.42

Kota Cinta

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
2011/05/15

PENGALAMAN menyusuri Sungai Seine, Paris sambil menghayati keindahan Menara Eiffel yang berlatar belakang panorama indah bersulamkan garapan kota lama dan moden, pasti menjadi kenangan manis pengunjung Kota Cinta ini. Namun, apakah itu saja gamitan ke sini atau ada banyak lagi keunikan kota Perancis ini yang boleh diteroka? Ikuti catatan wartawan Berita Minggu, MOHD AZRONE SARABATIN, yang sempat bertandang ke destinasi percutian popular itu.

Susuri 37 nadi Paris

ANTARA kemodenan dan garapan masa lalu. Inilah keunikan kota Paris - ibu negara Perancis yang sudah terlalu popular di bibir ramai, apalagi yang pernah menjejakkan kaki ke sini. Apa yang menarik, biarpun bersandarkan senario abad ke-21, masih banyak ciri-ciri Kota Cinta ini yang tersergam sedari zaman silamnya termasuk mercu tanda utamanya - Menara Eiffel yang dibina pada 1889.

Sudah pasti, antara cara terbaik menghayati keindahannya adalah dengan menaiki bot pelancong menyusuri tebing Sungai Seine di Paris. Penulis, seperti juga pengunjung lainnya, teruja dengan mata tidak jemu mengagumi Menara Eiffel yang turut diisytiharkan antara tujuh keajaiban dunia serta tarikan lain kota ini.

Pengembaraan bot selama sejam 15 minit mulai jam 11 pagi bermula dari pangkalan Bateaux-Mouches dan berakhir di hadapan tapak Menara Eiffel. Setiap destinasi dipisahkan sebuah jambatan merentangi sungai. Ada 37 jambatan merentasi Sungai Seine dalam bandar raya Paris yang boleh diibaratkan sebagai nadi kota ini.

Penulis sendiri, secara peribadi, menganggap pengalaman menyaksikan Menara Eiffel dari dalam bot ketika menyusuri sungai sebagai detik yang menakjubkan. Menara Eiffel setinggi 320 meter itu

dibangunkan pada 1889 dan direkabentuk oleh arkitek terkenal Gustave Eiffel.
Di sebalik binaan besinya, mercu tanda ini memiliki 1,710 anak tangga yang menjadikannya menara tertinggi di dunia sehingga 1931 sebelum pembinaan Empire State Building di New York, Amerika Syarikat. Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, Gustave Eiffel mendaki semua anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis. Biarpun hilang gelaran menara tertinggi dunia, Menara Eiffel diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sungai Seine yang mengalir dari timur ke barat adalah nadi pelancongan, ekonomi dan sejarah kota Paris termasuk menjadi titik pengukur jarak iaitu angka kosong bermula di Ille de la Cite, sebuah pulau kecil di tengah sungai.

Sungai itu turut membahagikan Paris kepada dua iaitu ‘Right Bank’ (tebing kanan) di bahagian utara dan ‘Left Bank’ (tebing kiri) di bahagian selatan sungai. ‘Right Bank’ adalah kawasan industri kecil dengan memiliki pelbagai gedung niaga dan pejabat manakala bahagian ‘Left Bank” digemari sebagai lokasi seniman dan cendekiawan.

Dari aspek sejarah, kota Paris juga seakan dibahagi kepada dua iaitu di timur Sungai Seine berlatarkan sejarah silam kota manakala di bahagian baratnya cenderung ke arah era dunia moden abad ke-19 dan ke-20.

Pengembaraan ringkas di sungai itu membolehkan kita menikmati pelbagai monumen sejarah seperti muzium, bangunan lama, menara jam, gereja tua, patung dan arca pemimpin masa lalu, juga ada rumah dan pangsapuri yang bercirikan seni bina klasik Perancis.

Untuk makluman, pelbagai bot pelancong memberikan perkhidmatan seperti Bateaux-Mouches, BatObus dan Bateaux Parisien dengan kapasiti antara 600 hingga 1,400 penumpang.

Harga tiketnya bagi perjalanan lebih sejam itu juga berpatutan iaitu sekitar 19.16 Euro atau (RM83) seorang untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Bagaimanapun harga tiket berubah mengikut musim atau perayaan di Perancis.

Pelayaran penulis melintasi Pont des Invalides yang dihiasi kemegahan Pont Alexandre III dengan empat tiang utama di kedua sisi jambatan serta empat patung kuda terbang yang bersalut emas.

Ada fakta mengatakan jambatan yang menghubungkan kawasan Des Invalides dan Grand Palais – Champs Elysees adalah yang terindah di Paris yang dibina oleh putra Raja Russia, Tsar Alexander III pada 1896. Pelayaran diteruskan ke Pont de la Concorde yang menempatkan Place de la Concorde yang terkenal dengan hukuman pancung terhadap Marie Antoinette, permaisuri Raja Perancis, Louis XVI ketika Revolusi Perancis pada 1793. Antoinette dikenali sebagai ratu yang dingin dan kejam. Di sebelah kanan pula adalah Muzium Orsay (Musee de Orsay), satu daripada muzium tersohor di Paris untuk koleksi seni.

Seterusnya, Pont du Carrousel yang menempatkan Muzium Louvre iaitu antara muzium terbesar di Eropah yang terkenal dengan koleksi hebatnya seperti potret Monalisa karya pelukis terkenal dunia dari Itali, Leonardo da Vinci. Mendiang dilahirkan pada 15 April 1452 di Florence, Italia. Muzium ini juga semakin gah selepas menjadi menjadi lokasi pembikinan filem popular ‘Da Vinci Code.’

Seterusnya di depan mata adalah Pont des Arts, jambatan khas untuk pejalan kaki dan ia adalah jambatan besi pertama yang dibangunkan di Paris pada 1804. Seterusnya, jambatan panjang Ile de la Cite, kawasan paling bersejarah di Paris.

Pont Neuf pula adalah jambatan tertua di Paris yang dibangunkan pada 1578 tetapi s

0 komentar:

Posting Komentar

 

Lia Kamaliah Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos